Tidak dapat dinafikan bahawa penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

Industri pelancongan adalah industri pertama terkesan dan yang terakhir akan pulih sepenuhnya. Jika dahulu kita berkunjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kita akan lihat kemeriahan pengunjung yang tidak putus-putus.

Akan tetapi, ketika ini keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur lengang. Mana tidaknya, beribu pekerja telah diberhentikan dan kedai-kedai didalam kawasan lapangan terbang juga ada yang telah tutup.

Kita dapat lihat suasana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang lengang menerusi perkongsian pengguna Twitter @sitiraudzah. Perkongsian itu mendapat perhatian netizen.

Malah, rata-rata netizen berasa sayu melihat keadaan lapangan terbang yang boleh diumpamakan seperti ‘ghost town’. Para netizen juga ada berkongsi momen mereka apabila berkunjung ke sana baru-baru ini.

Tidak hanya itu, para netizen juga merindui suasana sibuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu di setiap pelusuk.

Nak share juga moment2 terakhir dekat airport. Memang sedih, siapa sangka tempat yang paling busy boleh jadi sunyi mcm ni.

Btw background music tu mmg real lagu nasyid diorg pasang dekat airport bukan tambah2 sendiri. 😅 pic.twitter.com/9H0OHi4q5C

— AD 🇲🇾🚀 (@_dibsy) September 29, 2020

Ketika ini, memang saat yang sukar buat semua orang. Diharap anda semua akan cekal dan tabah dalam menghadapi cabaran. Jangan putus asa dan sama-samalah kita jaga diri membendung penyebaran COVID-19 ini.

Sumber: www.thevocket.com